Kes langgar pelajar SPM, pemuda tawar RM5,000 buat yang ada bukti ‘dashcam’

711
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Fahmi Huzairi menawarkan RM5,000 bagi saksi yang memiliki bukti rakaman kamera papan pemuka bagi kes langgar pelajar SPM, baru-baru ini.
 
“Saya bagi komitmen sebanyak RM5,000 kepada mana-mana saksi yang ada bukti dashcam yang boleh membuktikan pelaku Ativa putih memang bersalah melanggar mati pelajar sekolah tempoh hari.
 
“Jika ada rekod video melalui dashcam kereta anda yang jelas membuktikan ini adalah perbuatan bunuh, sila serahkan rekod video itu kepada keluarga mangsa,” tulisnya.
 

Fahmi akan memberikan ganjaran sekiranya video yang dikongsi akan digunakan di mahkamah sehingga terbukti suspek bersalah dengan niat membunuh.
 
“Bagi yang mengenali keluarga mangsa,minta mereka menghubungi saya jika tawaran ganjaran ini membantu keluarga mangsa melancarkan proses keadilan,” kongsinya.
 

Sebelum ini, tular di media sosial Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret Perodua Ativa di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.



Suspek yang merupakan pegawai kanan polis itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here