Polis : Kesalahan modifikasi ekzos paling tinggi direkodkan tahun ini

188

Pihak berkuasa merekodkan 43,157 saman melibatkan kesalahan ubahsuai motosikal bagi tahun 2023. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, statistik bermula Januari hingga November itu mendapati kesalahan ubahsuai ekzos adalah paling tinggi iaitu 33,996 saman.



“Diikuti kesalahan bagi ubahsuai struktur dan kelengkapan (9,106 saman), ubahsuai struktur dan peralatan (52 saman) serta ubahsuai penggunaan kenderaan (3 saman).

“Kesalahan mengubahsuai speksifikasi kenderaan terutamanya motorsikal boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Lalulintas LN170/59,” katanya.

Beliau berkata, semua kenderaan yang dipasarkan di Malaysia telah diperakui spesifikasi keselamatan oleh bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan.

Tindakan modifikasi spesifikasi motosikal akan mengundang kemalangan kepada diri pengguna dan pengguna jalan raya lain.

Tegas beliau, operasi motosikal adalah salah satu operasi yang dijalankan secara berkala daripada lapan operasi penting bagi JSPT.

“Ianya dilaksanakan berdasarkan statistik kemalangan yang melibatkan motosikal.

“JSPT mengharapkan semua ibu bapa agar memantau dan menegur anak-anak mereka yang mengubah suai spesifikasi motosikal kerana ianya merupakan kesalahan lalu lintas,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here