BYD dedah model konsep Fang Cheng Bao Super 9

69

Pada Persidangan Musim Bunga Fang Cheng Bao, syarikat itu mendedahkan tiga kereta elektrik (EV) baharu yang terdiri daripada dua model SUV Super 3 (Bao 3) dan Bao 8 serta model konsep Super 9.

Super 9 itu direka oleh Ketua Reka Bentuk BYD, Wolfgang Eggert iaitu mantan pereka Lamborghini dan Audi. 



Model konsep itu didatangkan dengan konfigurasi dua tempat duduk dan bukaan pintu ‘gunting’. Super 9 dijangkakan akan menggunakan kenderaan bateri elektrik (BEV) bukannya PHEV seperti Bao 5

Versi pengeluaran akan menggunakan nama Bao 9 yang mana ia menampilkan dua kokpit dan kerusi gentian karbon bersama stereng lumba serta butang kawalan pada konsol tengah. 

Bahagian belakang Super 9 menampilkan dua lampu berbentuk seperti logo Fang Cheng Bao dan spoiler. Di sisi kereta, anda boleh melihat nombor 30 mewakili ulang tahun ke-30 syarikat BYD.

Fang Cheng Bao ialah jenama ketiga dan terbaharu BYD yang dilancarkan pada musim panas tahun lalu. Model pertama yang diperkenalkan adalah SUV Bao 5. 

Ia diletakkan di bawah YangWang premium dan di atas subjenama Denza. BYD menggunakan pendekatan jualan berbeza dengan jenama tersebut, menggantikan pengedar tradisional dengan pusat jualan secara langsung.

BYD membangunkan 70 pusat jualan Fang Cheng Bao sekitar China pada 2023 dan menyasarkan 150 buah menjelang tahun ini.  

Syarikat yang berpangkalan di Shenzhen itu juga mengambilalih pusat pameran jenama warisan premium seperti BMW, Mercedes-Benz atau Aston Martin di China. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here