Fang Cheng Bao Leopard 5 jenama baharu di bawah BYD debut, harga mula RM256k

539

Fang Cheng Bao memperkenalkan SUV 5-meter yang dikenali sebagai Leopard 5. Jenama baharu di bawah syarikat automotif, BYD itu diposisikan antara Denza dan Yang Wang.

Model pertama Fang Cheng Bao itu dijual pada harga mula CNY 400,000 (RM256,684) seunit. 



Leopard 5 (Bao 5) itu disokong oleh platform seni bina hibrid baharu yang dinamakan sebagai DMO iaitu Dual Mode Off-road.

Leopard 5 dengan panjang 5-meter itu memiliki penggayaan badan berkotak. SUV dengan cermin depan rata dan garisan bonet tinggi itu dipadankan dengan lampu utama petak.

Kemudian bampar depan disepadukan dengan lampu kabus. Sementara, bentuk belakang yang unik diserlahkan dengan lampu bentuk D dan tayar simpanan. 

Masuk ke bahagian kabin, Leopard 5 dilengkapi dengan skrin terapung yang besar di tengah papan pemuka, roda stereng bentuk D yang sporty serta tombol gear boleh lipat  dan dua pad pengecas tanpa wayar.

Selain itu, SUV berkenaan didatangkan dengan sensor ID muka pada tiang A di bahagian pemandu, dua port USB dan satu slot Type-C. Bagaimanapun, Leopard 5 hanya didatangkan dengan dua barisan kerusi.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan ialah sistem bunyi Devialet dan HUD 50 inci. Daripada segi dimensi, ia memiliki panjang 4,890mm, tinggi (1,970mm) dan lebar (1,920mm) dengan jarak roda 2,800mm.

Leopard 5 menggunakan enjin 1.5 liter petrol, dua motor elektrik dan tiga differential lock. Ia menghasilkan kuasa 680hp dan tork 760Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.8 saat.

Bateri akan mengecas 125km dalam masa 16 minit dengan teknologi CTC. Bagi julat campuran Leopard 5 boleh mencapai perbatuan 1,200km.

Fang Cheng Bao merancang untuk membuka 100 buah pusat jualan di 60 bandar seluruh China. Bakal memasuki pasaran tahun ini, Fang Cheng Bao bakal memperkenalkan dua lagi model lain iaitu Leopard 3 dan Leopard 8.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here