‘Kereta polis’ Jepun disita kerana tiada insurans

677

Sebuah Honda S2000 yang menyamar sebagai kereta peronda Jepun telah disita oleh polis yang sebenar di sebatang jalan menghala ke Santa Pod Raceway, United Kingdom.

Kereta dengan liveri hitam putih yang sinonim dengan unit kepolisan Jepun itu dikesan oleh pasukan peronda Northants Roads Policing Team, lengkap dengan lampu mata arah berwarna merah yang dipasang atas bumbung.

Pihak polis tempatan menahan Honda S2000 tersebut, dan siasatan lanjut mendapati kereta berserta pemandu tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans yang sah.



Kereta polis palsu itu kemudian disita yang mana anda boleh melihat dua pelekat hijau terang ditampal pada cermin depan dan belakang yang tertera mesej “Uninsured Vehicle. Seized by Police.”

Selain daripada lampu mata arah di atas bumbung, sekurang-kurangnya enam unit lampu mata arah LED kecil yang dipasang pada kereta itu, termasuklah dua di bahagian bampar depan, dua unit pada jeriji dan dua lagi pada bampar belakang.

Menurut laporan Road and Track, pemilik Honda S2000 itu dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menyertai acara pertunjukan kenderaan yang dianjurkan di litar perlumbaan drag di Podington, Bedfordshire.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here