Yamaha Avantiz 2024 hadir warna baharu, harga kekal bermula RM5,998

268

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memberi tiga warna baharu bagi skuter Yamaha Avantiz untuk tahun 2024.

Warna baharu itu membabitkan

  • Sky Blue
  • Dark Blue
  • Purple

Bagi rimnya pula, warna hitam masih lagi kekal seperti sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, tiada perubahan yang dilakukan dengan masih menggunakan enjin BlueCore silinder tunggal berseseran 125 cc. Ia mampu menyalurkan sebanyak 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm yang disalurkan ke transmisi automatik tali sawat V.



Didatangkan dengan tangki minyak 4.2 liter, selain mempunyai ruang simpanan di bawah pelana berkapasiti 14 liter. Rim bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 70/90 di hadapan, manakala di belakang 90/80.

Skuter itu berharga RM5,998 (tidak termasuk insurans) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here