Hyundai bina jentera drift berkuasa elektrik, berat hampir 2 tan!

97

Hyundai memulakan siri pembangunan Rolling Lab sejak tahun 2012 lagi sebelum beralih kepada tetapan elektrik menerusi model konsep RN22e pada tahun 2022.

Kini, divisyen N Hyundai tampil dengan sebuah jentera drift yang agak luar biasa, iaitu RN24 Concept dengan membawakan tetapan elektrik sama yang wujud pada Hyundai Ioniq 5 N.

Walaupun dibina menggunakan casis bespoke WRC tanpa binaan panel badan, RN24 tetap mempunyai berat menghampiri 2 tan (atau lebih tepat lagi 1,880 kg).



Jentera ini kemudian dipadankan dengan rim 19 inci daripada sedan sports Elantra N, diikuti spoiler jentera lumba TCR Hyundai, e-handbrake daripada jentera WRC, dan sistem penyejukan daripada Ioniq 5 N.

RN24 turut meminjam sistem Powertrain Drive Control Logic daripada WRC yang membolehkan pemandu menetapkan jumlah kuasa motor elektrik menerusi butang pada roda stereng, selain mengubah tahap sensitiviti pedal pendikit dan brek regeneratif.

Ia juga turut mempunyai kawalan tork motor elektronik serta Rally Mode yang mirip kepada sistem digunakan pada jentera i20 N Rally1.

Biarpun direka untuk drift, RN24 masih lagi mampu memecut kurang 3.4 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

Untuk mengelakkan pemandu daripada kebosanan, terdapat sepasang pembesar suara yang diletakkan di bahagian sisi untuk menghasilkan bunyi ‘deruman enjin’ palsu sebagai tambahan kepada sepasang lagi pembesar suara di luar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here