Warga Thailand isi RON 95, pekerja stesen minyak bantu goyang kereta

225

Masih lagi berlakunya kebocoran minyak subsidi RON 95 kepada warga asing walaupun sudah tahun 2024. 

Menerusi video pendek yang dikongsi di platform X, menunjukkan sebuah Honda Accord dengan nombor pendaftaran Thailand mengisi RON 95.



Lebih mengecewakan, dipercayai salah seorang kakitangan stesen minyak berkenaan turut membantu pemilik kenderaan dengan mengoncang bonet belakang.

“Dahla curi minyak subsidi rakyat Malaysia, tapi yang tak paham kenapa staff siap datang tolong penuhkan kereta lagi.

“Lokasi dekat Rawang jauh dari sempadan Thailand,” tulis kapsyen video.

Susulan perkongsian video itu, warga maya meminta pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap stesen minyak berkenaan.

“Haritu nampak plat Thailand isi RON 95 dekat RnR Tapah. Bila bagitahu staff diorang buat dek je , jangan jangan dah kena suap duit kopi tu buat buat tak nampak.”

“Punya la lemah penguatkuasaan negara kita ni. Sedih sungguh!.”

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) mengeluarkan kenyataan pemilik stesen minyak akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Bagaimanapun, tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukannya pemilik kenderaan.

Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010 bagi memastikan subsidi petrol yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here