Tiga penunggang terbabas dalam lubang pembinaan, seorang maut

191
Seorang maut manakala dua lagi penunggang cedera selepas motosikal yang ditunggang terbabas ke dalam lubang pembinaan di Jalan Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka, pagi tadi.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka mendapat panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.49 pagi melibatkan tiga buah motosikal.
 
Menurut Komander Operasi, PBK II Riduan bin Ahmad, tiga buah motosikal yang dinaiki tiga mangsa itu terbabas ke dalam parit yang sedang dalam proses pembinaan ketika melalui jalan tersebut.
 
Pihak Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada orang awam mengalihkan kon keselamatan.
 
Susulan itu, mangsa Haiqal Iman Mohd Shahruddin Abdul Qayyum, 20, yang bekerja di sebuah kedai serbaneka Bukit Beruang meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
Siasatan lanjut pegawai penyiasat mendapati permukaan jalan ketika kejadian adalah basah dan terdapat pencahayaan.
 
 

“Setiba di lokasi kejadian mereka masuk ke laluan yang ditutup dan dilencongkan dengan menggunakan kon oleh sebuah syarikat kontraktor yang dipercayai telah dibuka oleh orang awam.

“Situasi itu menyebabkan kesemua mangsa yang tidak nampak kerja-kerja pembaikan di lokasi kemalangan terbabas masuk ke dalam lubang tersebut,” katanya. 

Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka manakala dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.



“Sehingga kini belum ada saksi bebas tampil memberikan keterangan lanjut dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here