Vietnam naiktaraf Winner X dengan Anti Slip Klac, harga mula RM8k

1218

Honda Vietnam memperkenalkan versi naiktaraf Winner X menerusi tawaran Anti Slip Klac pada transmisi 6-kelajuan di samping penambahbaikan ignition coil.

Janakuasa masih lagi sama menggunakan enjin bersesaran 149.2cc DOHC yang menghasilkan kuasa 11.5kW @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 7,000rpm.

Pasaran Vietnam didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu :



  • Special : VND 50,060,000 (RM9,538)
  • Sport : VND 50,560,000  (RM9,634)
  • Standard : VND 46,160,000 (RM8,795)

Varian Sport didatangkan dengan tiga gabungan warna acah konsep HRC manakala Special dipadankan dengan kelongsong fork emas di samping pilihan warna mono hitam serta Silver Black dan Red Black.

Sementara, varian Standard ditawarkan dengan tiga pilihan warna badan iaitu Black Silver, Red Black dan Black/White.  Selain itu, panel badan tiada perubahan yang mana masih sama dengan model 2021. 

Moped dengan berat 122kg itu didatangkan dengan suspensi teleskopik di bahagian depan dan lengan ayun di belakang. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here