Individu ini beli Bugatti Chiron Sport (2019) hanya RM16 juta, kalahkan 64 pembida

432

Bugatti Chiron Sport (2019) ini dipinang seorang individu menggunakan gelaran Reserve Not Met sekaligus mengalahkan 64 pembida yang lain.

Hypercar itu dibida pada harga USD 3,495,000 (RM16.2 juta) di acara lelongan Bring a Trailer, Sabtu lalu. Chiron Sport tersebut merupakan salah satu daripada 60 model yang dihasilkan dan kekal berdaftar dengan seorang pemilik di Ohio.



Walaupun RM16.2 juta merupakan pelaburan yang besar, namun pada tanda harga sedemikian ibarat mendapat rezeki terpijak apatah lagi Bugatti. 

Mengapa?…Sebagai perbandingan Chiron Sport yang diperkenalkan pada lewat 2018 dijual pada harga mula USD3.4 juta (RM15.8 juta).

Selain iti, Bugatti hanya mengeluarkan 60 unit seluruh dunia yang mana salah satunya model yang baru sahaja dipinang oleh Reserve Not Met.  

Dinamakan sempena pemandu Monégasque Louis Chiron, reka bentuk hypercar itu pada mulanya didedahkan sebagai model konsep Bugatti Vision Gran Turismo di Pameran Auto Frankfurt (2015).

Kemudian Bugatti menghasilkan 500 unit versi pengeluaran dan pada 2018 jenama Perancis itu melancarkan Chiron Sport iaitu versi hypercar yang memfokuskan kepada litar. 

ODOMETER HANYA 725KM

Mekanikal Chiron Sport sama dengan versi standard termasuklah enjin 8.0-liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,479hp dan transmisi automatik dual klac 7-kelajuan.

Ia lebih ringan 18kg disumbangkan oleh sistem ekzos dan penggunaan gentian karbon. Bahkan, hypercar itu juga menampilkan suspensi lebih keras dan modifikasi stereng untuk prestasi terbaik di litar lumba.

Chiron Sport yang dilelong itu menampilkan warna badan merah dan hitam dengan gentian karbon yang terdedah. Bahagian kaki dipasang dengan rim Nocturne Course yang lebar dengan aksen aluminium berkilat lalu dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Selain itu, hypercar ini dipasang dengan rotor seramik karbon dan menampilkan angkup titanium merah Granade.

Pada bahagian dalam, tempat duduk menerima kemasan gentian karbon Beluga Black dengan jahitan benang kontra Hot Spur serta tujuh pembesar suara Accuton, radio satelit dan bluetooth.

Plak memperingati ulang tahun ke-110 Bugatti dilekatkan pada konsol tengah. Dengan semua pilihan ini sudah pasti harganya melebihi USD 4 juta (RM18.6 juta). Tambahan, odometer Chiron tersebut hanya 725km.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here