CFMOTO 1250TR-G rasmi lancar di Malaysia, harga RM88,888

363

CFMOTO Malaysia rasmi memperkenalkan jentera 1250TR-G pada harga mula RM88,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

CFMOTO 1250TR-G didatangkan dengan dua pilihan warna badan iaitu Nebula White dan Twilight Blue.

Jentera touring tersebut dilengkapi enjin 1,279cc V-Twin yang menghasilkan kuasa 140hp @ 8,500rpm dan tork 120Nm @ 7,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan dengan klac slipper serta quickshifter. 



Bakal berada di pusat pameran bermula minggu depan, berikut ciri peralatan yang didatangkan pada CFMOTO 1250TR-G :

  • Meter TFT antara muka multi media (MMI) bersaiz 12.3-inci
  • Ketersambungan Bluetooth
  • Sistem kunci pintar
  • Visor pengadang angin dengan kawalan elektronik
  • Sistem pencahayaan LED penuh pada lampu depan/belakang serta lampu nyala siang (DRL)
  • Tiga mod tunggangan Sport, Comfort dan Rain 
  • Konfigurasi sistem bunyi JBL 
  • Sistem pemantau angin tayar (TPMS)
  • Kotak barang sisi 

Manakala keyakinan menghentikan atau memperlahankan motosikal diserahkan kepada  dwi-cakera bersaiz 320mm (depan) dan cakera tunggal 270mm (belakang).

Kedua-duanya dilengkapi dengan kaliper Brembo serta tidak ketinggalan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi terbalik 48mm Marzocchi di depan dan pra beban boleh laras di belakang. 

CFMOTO 1250TR-G dengan berat 304kg itu memiliki panjang 2,300mm, lebar (1,060mm) dan tinggi serta jarak roda (1,482mm).

Setiap pembelian CFMOTO 1250TR-G didatangkan dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here