Honda Malaysia umum harga CR-V e:HEV RS, RM195,900

238

Honda Malaysia melancarkan CR-V generasi keenam bulan lalu yang mana pengedar rasmi jenama tersebut mendedahkan harga varian V, E dan S.

Terkini, Honda Malaysia mengumumkan harga rasmi varian perdana CR-V e:HEV RS iaitu RM195,900. 



Varian tertinggi itu dijana enjin 2.0-liter suntikan langsung 4-silinder Atkinson cycle DOHC menghasilkan kuasa 148PS @ 6,100rpm dan tork 190Nm @ 4,500rpm.

Gabungan motor menjana total output 184PS @ 5,000 – 8,000rpm dan tork 335Nm @ 0-2,000rpm  bersama transmisi e:CVT.

Pencahayaan lampu CR-V e:HEV RS menggunakan jenis LED pada bahagian depan, belakang dan signal.

Ia juga didatangkan dengan lampu selekoh aktif, gril hitam ‘mesh’, rim aloi hitam Berlina bersaiz 18-inci serta ekzos dengan kemasan krom.

Melengkapkan penampilan luar adalah pemasangan Gril Penutup Aktif yang meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api. 

Ciri pertama kalinya pada CR-V itu dipasang di bahagian bawah bampar depan yang akan mengawal aliran udara penyejukan dengan membuka dan menutup penutup secara automatik berdasarkan kelajuan, suhu enjin dan keperluan penyejukan kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here