Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

236
Pemandu Proton Saga maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang, Masjid Tanah, Melaka.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka menerima panggilan kemalangan jalan raya pada jam 10.51 pagi.
 
 
Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Ridhwan Khamis, kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah lori, Perodua Myvi dan Proton Saga.
 
“Empat orang lelaki dewasa dalam Myvi dilaporkan selamat dan pemandu lori turut terselamat dalam kemalangan itu.
 
“Pemandu Proton Saga dilaporkan tersepit dalam kenderaan dan pasukan bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan mengeluarkan mangsa,” katanya.
 
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here