Lelaki kemurungan pandu lori lawan arus 1km

295

Polis menahan seorang lelaki kerana memandu lori secara melawan arus di KM15, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 31 tahun tersebut didapati memandu sedemikian sejauh 1km dari Plaza Tol Skudai, dalam insiden kira-kira jam 11.30 pagi itu.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jalan raya berlaku semasa kejadian. Pemeriksaan ke atas pemandu lori itu mendapati dia mengalami masalah kesihatan iaitu kemurungan.



“Selain itu ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas penyalahgunaan dadah dan pengaruh alkohol,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here