Utama Berita Automotif Polis sahkan pesawat ringan terhempas di Klang

Polis sahkan pesawat ringan terhempas di Klang

228
Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, Kampung Tok Muda, Klang. 
 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Beliau memberitahu, setakat ini belum ada sebarang perincian mengenai jumlah mangsa dan punca kejadian.
 
Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba, Selangor menerusi satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran melibatkan air craft Aviation Safety Teknologi itu pada jam 1.56 petang.
 
Kenyataan itu memberitahu, kerja-kerja mencari mangsa dijalankan.
 
Berdasarkan gambar yang dikongsi Jabatan Bomba, keadaan pesawat itu berkecai dipercayai kerana impak kemalangan itu.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here