Usahawan Eirah Exclusive kongsi ketibaan koleksi supercar terbaharu, McLaren Senna

273

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang pemuda bergambar dengan sebuah McLaren Senna yang tiba di Maskargo, Sepang.

Pemilik supercar tersebut merupakan usahawan Eirah Exclusive dikenali sebagai Muhd Hilmi Che Azman atau El Azman.



Berdasarkan carian Motoqar di media sosial, model tersebut ditempah menerusi DTC Motors dan tiba di Malaysia pada Sabtu lalu.

“Special order unit di DTC Motors oleh pelanggan VIP, seorang yang merendah diri yang percayakan kami di DTC Motors. Tiada yang mustahil di DTC Motors, kami uruskan walaupun hypercar.

“Hypercar tempahan istimewa langsung dari United Kingdom dengan boss El Azman. Bukan satu tapi empat unit dan lebih banyak akan datang. Kami tidak boleh dedahkan unit akan datang, ia kejutan,” tulis DTC Motor pada hantaran Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusnor Ain (@dtc_yus)

Sekitar Januari lalu, El Azman memuatnaik hantaran di akaun Instagram miliknya impian tahun ini untuk memiliki supercar McLaren Senna. El Azman turut memiliki sebuah Lamborghini Aventador SVJ dan Lamborghini Urus.

McLaren Senna merupakan supercar enjin pertengahan edisi terhad dan edisi ketiga bagi McLaren Ultimate Series menyertai F1 serta P1.

Dibina menggunakan tangan, McLaren hanya mengeluarkan 500 unit seluruh dunia yang mana model tersebut didedahkan pada 10 Disember 2017.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by El azman (@elazman_)

Dinamakan sempena pelumba F1 Brazil, Ayrton Senna, ia merupakan penghormatan kepada tiga gelaran Kejuaraan Pemandu Dunia F1 dan 35 kemenangan perlumbaan Grand Prix F1.

Senna yang berasaskan McLaren 720S itu menggunakan versi naiktaraf casis monokok gentian karbon yang dinamakan MonoCage III.

Ia dijana enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 (M840TR) yang menghasilkan kuasa 789hp dan tork 800Nm ke roda belakang bersama transmisi dual-klac tujuh kelajuan.

Hasilnya supercar itu mampu memecut 0-100kmj dalam tempoh 2.8 saat dengan kelajuan maksimum 335kmj.  

Ciri aerodinamik yang didatangkan pada Senna termasuklah spoiler belakang pelarasan elektronik yang juga berfungsi sebagai brek udara, elemen diffuser berganda, scoop bumbung F1, intake depan dan sisi serta fender depan lebih besar.

Kuasa menghentikan supercar itu diserahkan kepada brek seramik karbon Brembo dengan  tayar Pirelli P-Zero Trofeo R. Ia dilengkapi dengan tiga paip ekzos titanium dan suspensi McLaren’s hydraulic RaceActive Chassis Control II (RCC II) dengan kawalan lengan double-wishbone.

Kabin sebahagian besarnya terdiri daripada gentian karbon dan Alcantara manakala di belakang tersedia ruang yang cukup besar untuk dua topi keledar dan sut perlumbaan, mencerminkan reka bentuk memfokuskan litar.

Berapakah harga McLaren Senna?, supercar itu dijual pada harga mula GBP750,000 (RM4.5 juta).

@elazman

Senna 😎

♬ original sound – El Azman – El Azman

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here