Penunggang motosikal maut langgar belakang trak pikap

154

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang melanggar bahagian belakang sebuah trak pikap dalam kejadian di KM16.5 Jalan Melawi-Kuala Besut berhampiran Kampung Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 6.08 petang itu, mangsa berusia 24 tahun itu meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis. 



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu trak pikap dari arah Melawi menghala ke Kuala Besut.

“Setiba di lokasi, trak pikap tersebut telah berhenti di tengah jalan dan memberi isyarat ke kanan untuk membelok.

Semasa sedang membelok ke kanan, secara tiba-tiba penunggang motosikal yang datang dari arah belakang melanggar trak pikap tersebut,” katanya.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal  jatuh ke laluan bertentangan menyebabkan mangsa dilanggar sebuah Proton Saga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here