Berapa kos selang servis Perodua Alza selepas cukai perkhidmatan baharu? Kami kirakan untuk anda…

388

Perodua Alza diperkenalkan dua tahun lalu ke pasaran tempatan. Kenaikan kadar cukai perkhidmatan (ST) daripada 6 ke 8 peratus memberi kesan kepada kos selang servis kenderaan. 

Namun, kenaikan kos tersebut hanya melibatkan caj buruh yang mana kebanyakan pengeluar menawarkan lima kali caj buruh percuma sepanjang 5-tahun selang servis.



Kenaikan 2 peratus tidak begitu memberi kesan besar kepada kos selang servis. Di bawah ini, Motoqar bandingkan kos penyelenggaraan Perodua Alza tahun lalu dan selepas ST:

  1. Servis 10,000km (RM191.60)

Servis pertama melibatkan perbatuan 10,000km yang mana caj buruh adalah percuma. Tahun lalu, pemilik Alza membelanjakan RM176.80.

Namun, kos penyelenggaraan tahun ini meningkat RM14.80 susulan harga baharu penapis minyak hitam iaitu RM26.70 berbanding tahun lalu RM11.90. 

Kos selang servis terkini bagi perbatuan 10,000km adalah RM191.60. 

2. Servis 20,000km (RM329.86)

Sebagai persediaan sebelum perbatuan mencapai 20,000km, pemilik perlu menyediakan wang sebanyak RM329.86 berbanding tahun lalu RM288.21. 

Harga baharu penapis minyak hitam Alza meningkatkan kos penyelenggaraan pengguna. Pada selang servis kedua ini, kadar ST yang perlu dibayar adalah RM7.76 daripada caj buruh RM97.

Pemilik perlu menanggung kenaikan sekitar RM41.65 berbanding tahun lalu. Perlu diingatkan kos yang sama perlu dikeluarkan bagi servis 60,000km

3. Servis 30,000km (RM258.56)

Pada kilometer ini, kos servis Alza sedikit murah berbanding 20,000km yang mana pemilik perlu membayar sebanyak RM258.56.

Tahun lalu, pemilik Alza mengeluarkan wang sebanyak RM227.26 dengan kos ST RM2.86 manakala tahun ini adalah RM4.96 daripada caj buruh RM62.

Kos yang sama perlu dikeluarkan bagi selang servis seterusnya iaitu 50,000km, 70,000km dan 90,000km. 

4. Servis 40,000km (RM434.90)

Sebelum mencapai perbatuan 50,000km, Alza perlu dihantar bagi menjalani penyelenggaraan major pada 40,000km dengan kos RM434.90, iaitu meningkat RM40.60 berbanding tahun lalu.

Cuma, bagi selang servis ini harga minyak brek (1L) lebih murah iaitu RM26.40 berbanding tahun lalu pada harga RM33 (0.5 liter).

Selepas pelaksaan ST baharu, pemilik perlu membayar RM9.60 berbanding tahun lalu RM5.50.

Kos yang sama juga perlu dikeluarkan apabila mencapai perbatuan 80,000km.

5. Servis 100,000km (RM690.02)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis akan bertambah kerana pemilik perlu menukar set palam pencucuh (4 unit) yang berharga RM220.40 dan minyak transmisi CVT.

Harga minyak CVT (1L) juga meningkat menjadi RM117.60 berbanding tahun lalu RM97.50.

Jadi berapakah kos pemilikan lima tahun?. Berdasarkan harga tahun lalu, pemilik Alza perlu membelanjakan sebanyak RM3,074.87 bagi lima tahun pemilikan.

Pengiraan harga baharu 2024, kos selang servis yang perlu dikeluarkan adalah RM3,445.38 untuk pemilikan lima tahun yang mana meningkat RM370.51.

Selain kenaikan ST, beberapa harga alat ganti misalnya penapis minyak, minyak CVT dan brek mengalami peningkatan. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here