MG lancar 5 EV harga bermula RM103,999

183

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd melancarkan kenderaan elektriknya (EV) menerusi MG4 EV dan MG ZS EV untuk pasaran Malaysia.

 

Ia membabitkan beberapa varian membabitkan:

  • MG ZS EV (Lux, 5l kWj, 320km (WLTP)) – RM125,999
  • MG4 (XPOWER, 64 kWj, 385km (WLTP)) – RM158,999
  • MG4 (Lux Extended Range, 77 kWj, 520km (WLTP)) – RM148,999
  • MG4 (Luxury, 64 kWj, 435km (WLTP)) – RM 128,999
  • MG4 (Standard, 5l kWj, 350km (WLTP)) – RM103,999

Waranti sehingga tujuh tahun

Bagi ketenangan minda, jentera itu ditawarkan waranti sehingga tujuh tahun atau 150,000km dan waranti bateri sehingga 8 tahun atau 180,000km.



Selain itu, pertukaran bateri I-to-I sekiranya keadaan kesihatan bateri menurun di bawah 70 peratus ketika dalam perlindungan jaminan bateri dalam keadaan, yang mana lebih awal. 

Eksklusif Pelanggan Terawal

Bagi pembeli yang mendaftarkan kenderaan MG mereka sebelum 30 April 2024, akan menerima pakej pembeli eksklusif termasuk:

  • Pengecas Kotak Dinding 7kW PERCUMA dengan pemasangan, untuk model MG ZS EV dan MG4 Standard (bernilai RM 4,600)
  • PERCUMA 11KW Wallbox Charger dengan pemasangan, untuk model MG4 Lux (bernilai RM 5,200)
  • PERCUMA 1,000 Kredit Pengecasan dengan DC Handal dan JomCharge, untuk model MG4 Lux Extended Range dan XPOWER

MG4 EV

Jenama dari China itu memiliki dimensi panjang 4,287 mm, lebar (1,836 mm); tinggi (1,504 mm) dan jarak roda 2,705mm.

Bahkan, SMM menyatakan hatchback lima pintu itu menggunakan bateri paling rata dengan ketinggian hanya 110mm dan ternipis dalam kelasnya.

MG4 menawarkan kabin yang cukup luas bagi lima penumpang namun masih mengekalkan nisbah badan yang sporty dan anggun.

Ruang but belakang menawarkan kapasiti antara 363 liter hingga 1,177 liter. Agihan berat 50:50 menawarkan pengendalian lebih baik, pergerakkan stereng secara langsung dan pengambilan selekoh lebih pantas.

Pengendalian pemanduan dioptimumkan dengan pacuan roda belakang (RWD) dan motor tunggal manakala hanya varian MG4 XPower mendapat pacuan semua roda (AWD) dan dua motor. 

Ini Spesifikasi Mengikut Varian

  • MG4 Standard : Kapasiti bateri 51kWh dengan jarak 350km | output 170PS/250Nm | 0-100kmj : 7.5 saat
  • MG4 Lux : Kapasiti bateri 64kWh dengan jarak 435km | output 203PS/250Nm | 0-100kmj : 7.7 saat
  • MG4 Lux Extended Range : Kapasiti bateri 77kWh dengan jarak 520km | output 245PS/350Nm | 0-100kmj : 6.1 saat
  • MG4 XPOWER : Kapasiti bateri 64kWh dengan jarak 385km | output 435PS/600Nm | 0-100kmj : 3.8 saat

Di samping itu, ciri peralatan lain yang ditawarkan pada MG4 adalah fungsi LED pada lampu depan, belakang dan lampu nyala siang (DRL); rim 17-inci atau 18-inci (mengikut varian); pemanduan satu pedal, kluster instrumen digital 7-inci, skrin hiburan 10.25-inci, empat pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kerusi kemasan kulit atau upholsteri fabrik, kamera 360 darjah, pengecas telefon tanpa wayar dan lain-lain.

Saic turut menawarkan bantuan keselamatan pemanduan termaju yang dikenali sebagai MG Pilot yang terdiri daripada :

  • Collision Warning (FCW) dan Automatic Emergency Braking (AEB) (pengesanan pejalan kaki dan basikal)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Traffic Jam Assistance (TJA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assistance (LKA)
  • Intelligent High Beam Assist

Manakala varian Lux, Extended Range dan XPOWER menerima tambahan Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Change Assist (LCA). Ia dilengkapkan dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan lalu lintas yang menghampiri ketika membuka pintu menerusi Door Opening Warning (DOW).

Tawaran perintah suara ‘Hello MG’ memudahkan operasi kawalan ketika pemanduan. MG iSMART pula membolehkan pemilik menghidupkan kenderaan dan menghidupkan pendingin hawa menerusi aplikasi telefon.

Ada tujuh warna ditawarkan termasuklah Volcano Orange, Holborn Blue, Dynamic Red, Arctic White, Camden Grey, Black Pearl, Monument Silver dan pilihan Racing Green matte bagi MG4 XPOWER.

Manakala varian MG4 Lux dan Extended Range menerima dua tona warna dengan bumbung hitam. 

MG ZS EV

SUV segmen-B yang akan bersaing dengan BYD Atto 3 dan Hyundai Kona itu menampilkan lampu depan ‘Silverstone’ dengan 21 unit LED yang kemudian dipadankan dengan lampu belakang LED ‘Phantom’ yang direka semula.

Slot pengecasan diletakkan di belakang gril untuk akses mudah dan bukaan secara sisi. Kabinnya pula menampilkan papan pemuka dengan kemasan gentian karbon dilengkapkan dengan sistem kawalan sentuh dan paparan multi info digital penuh bersaiz 7-inci.

Ciri peralatan baharu termasuklah pengecas telefon tanpa wayar, perehat tangan bahagian tengah buat penumpang belakang dan kawalan suhu pendingin hawa automatik dengan corong aircon di belakang.

MG ZS EV didatangkan dengan bumbung panorama serta ruang but luas antara 448 dan 1,187 liter. 

Dari segi kuasanya, ia memiliki output 176hp dengan tork sehingga 280Nm dengan pecutan 0-100km/j dalam masa lapan saat. Ia boleh dipandu sejauh 320km (WLTP) untuk setiap kali cas penuh.

SUV tersebut didatangkan dengan empat warna badan iaitu Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Monument Silver.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here