Litar Horizon Beranang bakal buka April ini

206
Litar Horizon Beranang yang telah siap bakal dibuka kepada awam April ini. 
 
 
Perkongsian Facebook Two Wheels itu menyatakan litar yang diilhamkan oleh Horizon Motorsports Management Sdn Bhd tersebut dibina di atas tanah berkeluasan 6 ekar dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang.
 
Litar sepanjang 1km itu dilengkapi dengan pit, kafe, ruangan penonton, parkir dan lain-lain. 
 
“Apa yang menjadikan Horizon Beranang Circuit istimewa dan berbeza dari litar-litar kecil yang lain adalah dari segi susun atur litar yang mana ia mempunyai 12 pilihan susunan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan serta jentera lumba,” tulisnya.
 
Susulan perkongsian itu, pengguna media sosial membandingkan projek berkenaan dengan litar di Kedah yang mana kedua-duanya diumumkan pada tahun 2022.
 
Bagaimanapun, masih tiada perkembangan terkini tentang Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani di kawasan seluas 60 hektar tersebut. 
 
 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here