Jalan berlubang aduan paling tinggi diterima MyJalan KKR

210
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 13,391 aduan menerusi aplikasi MYJalan KKR, sehingga 29 Mac lalu.
 
Daripada jumlah berkenaan sebanyak 3,550 aduan (26.51 peratus) melibatkan jalan di bawah seliaan agensi KKR.
 
Selebihnya, 9,841 (73.49 peratus) aduan melibatkan Jalan Bandaran (PBT), Jalan Kampung (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Jalan Pertanian (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan lain-lain. 
 
Sebanyak 2,483 aduan diselesaikan oleh agensi KKR yang mana 94 peratus diselesaikan dalam tempoh satu hingga 30 hari. Manakala bakinya masih dalam proses tindakan.
 
Selain itu, aduan jalan berlubang merupakan paling tinggi diterima iaitu 1,521 (42.85 peratus) diikuti jalan rosak (637), lampu jalan (545) dan lampu isyarat (325). 
 

Kempen MYJalan diperkenalkan Ogos lalu yang menjadi platform advokasi dan juga pendedahan kepada pengguna jalan raya tentang penyelenggaraan jalan raya sedia ada.

Pengukuhan “No Wrong Door Policy” dalam Kempen MYJalan adalah selaras dengan pelancaran aplikasi yang dapat meningkatkan keupayaan sistem aduan KKR sedia ada.

Terdapat beberapa langkah mudah dalam menggunakan aplikasi itu yang mana pengguna hanya perlu menghantar foto dan lokasi aduan, memilih jenis aduan, mengisi maklumat aduan dan seterusnya menghantar aduan tersebut secara atas talian.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here