Kemalangan Dash : Penunggang wanita hilang kawalan dan bergesel dengan kereta sebelum terjatuh

195

Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut itu pada jam 6.50 petang.

Honda
Honda

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 30 tahun, menunggang motosikal dan dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh.

“Mangsa juga dipercayai bergesel dengan sebuah kereta di hadapannya sebelum tercampak dan terjatuh dari jejambat. Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di KM0.7 Lebuhraya DASH dari arah Shah Alam dan anggaran ketinggian dari tempat mangsa terjatuh adalah antara 30 hingga 35 meter.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here