UMW Toyota labur RM20 juta perkasa program TVET

57

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Pendidikan Teknikal Toyota (T-TEP) dalam usaha memperkasakan landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam negara.

Kini program berkenaan melibatkan 25 institusi rakan kongsi berbanding hanya lima di peringkat awal. 

Setakat ini, UMW Toyota melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP dan telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi di seluruh negara.

Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata T-TEP bukan sekadar melatih pelajar bagi mengisi peranan asas dalam industri namun mempersiapkan mereka dalam dunia kerja automotif sebenar.

“Melalui program ini, kita melihat bagaimana pihak industri boleh berganding bahu secara aktif dalam membentuk barisan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing, selari dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030.

”Dengan jaringan lebih 100 pusat servis dan tiga kilang pembuatan yang strategik di seluruh negara, UMW Toyota tampil sebagai pemangkin kepada pembelajaran praktikal yang berimpak tinggi,” ujarnya. 

Peluang latihan industri yang ditawarkan bukan sahaja memberi pengalaman berharga, malah mendedahkan mereka secara langsung kepada standard profesional, kemajuan teknologi dan inovasi yang menjadi penggerak utama dalam landskap mobiliti masa kini dan akan datang.

Tambah beliau, setiap institusi mengintegrasikan silibus latihan bersepadu Toyota dan dilengkapi dengan peralatan canggih, termasuk simulator enjin hibrid dan elektrik.

Sejak dilancarkan pada tahun 1991, T-TEP telah berkembang pesat menjadi satu model kerjasama industri-pendidikan yang menyeluruh dan berdaya tahan.

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here