
Chery Internationalsedang merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model kereta mampu milik dalam masa terdekat, sebagai sebahagian daripada strategi global mereka untuk menarik pembeli baharu dan meningkatkan kehadiran di pasaran antarabangsa.
Ini memandangkan permintaan global untuk kenderaan kompak adalah besar, namun Chery masih kurang menawarkannya dengan hanya mencatatkan 10 peratus dalam segmen itu berbanding 37 peratus bagi jenama Toyota, manakala Hyundai mencatatkan sehingga 63 peratus.
Tawar empat jenama
Apa yang unik tentang, satu platform yang digunakan mampu menghasilkan empat model sekali gus yang membabitkan jenama Chery, Omoda, Jaecoo dan LEPAS.
Walaupun menggunakan platform yang sama, setiap jenama hadir dengan karakter dan rekaan berbeza. Sebagai contoh, Jaecoo lebih menerapkan imej ‘British Gentleman’, manakala Omoda membawa inspirasi unik dan trend semasa yang lebih bergaya.
Chery akan menawarkan model-model kompak dalam tiga pilihan panjang:
- 4,200 mm
- 4,000 mm
- 3,800 mm
Model-model ini disasarkan untuk pengguna bandar, pembeli kali pertama, dan mereka yang inginkan kereta ekonomi yang bergaya dan efisien.
Selain itu, ini kereta kompak Chery Tiggo 4 yang bakal masuk Malaysia
@motoqar Adakah ini persaingan Perodua Ativa yang baharu? #CapCut #cherymalaysia ♬ Boom Bap Jazz – weirdclock
Usaha Chery memperluaskan portfolio kereta mampu milik dengan model kompak pelbagai saiz dan gaya bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran global, malah memberi pengguna lebih banyak pilihan kereta berkualiti dengan harga kompetitif – terutamanya di pasaran seperti Malaysia.