
GWM Malaysia sahkan akan lancarkan TANK 500 HEV secara rasmi pada 8 Mei 2025 sempena Malaysia Autoshow 2025.
TANK 500 HEV itu dibangunkan untuk mentakrif semula SUV off-road mewah dengan menjanjikan gabungan luar biasa antara kekuatan, inovasi dan kemasan premium.
Pelancaran itu dibuat selepas pra-tempahan untuk GWM TANK 500 HEV dibuka sejak 14 April 2025 dengan harga anggaran RM350,000 dan menerima sambutan hangat di seluruh negara.
Guna Enjin Hibrid
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pelancaran GWM TANK 500 HEV menandakan satu pencapaian penting bagi GWM di Malaysia.
“Pengunjung ke Malaysia Autoshow 2025 bakal menyaksikan keunggulan GWM dalam teknologi hibrid terkini, rekaan premium dan kebolehan semua rupa bumi.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan standard pemanduan baharu kepada pelanggan Malaysia menerusi SUV hibrid mewah ini,” katanya.
GWM TANK 500 HEV menggunakan enjin hibrid 4 silinder 2.0 liter turbocharged dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan yang menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 346PS dan 648Nm tork.
Ia dilengkapi dengan sistem pacuan 4 roda pintar (4WD) bersama M-Lock, 11 mod pemanduan semua rupa bumi, TANK Turn Assist, Cruise Control untuk off-road, Pandangan Casis Telus, serta ruang dalaman 7 tempat duduk mewah dengan kulit NAPPA dan sistem bunyi premium Infinity.
@motoqar GWM Tank 500. Ini SUV bapok mewah! @GWM Malaysia #motoqar #klims ♬ Drink Shop – ALEKSANDAR KIPROV
Selain TANK 500 HEV yang dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025, pengunjung juga boleh melihat lebih dekat barisan model GWM yang lain membabitkan TANK 300, HAVAL H6 HEV, ORA GOOD CAT dan ORA 07.
Promosi Menarik Model GWM
Sepanjang Mei 2025, GWM Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk seluruh barisan modelnya.
GWM TANK 300: Pelanggan yang membuat tempahan dalam bulan Mei akan menikmati 5 tahun servis percuma, dan layak menyertai kempen “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300” untuk peluang memenangi hadiah eksklusif. Dalam bulan ketiganya, pelanggan yang melengkapkan pembelian dalam tempoh kempen akan berpeluang memenangi Baucar Percutian bernilai RM8,888 (5 pemenang setiap bulan) dan seorang pemenang akan menerima hadiah utama Kit Pengubahsuaian GWM Iron Cavalry. Peserta pandu uji juga berpeluang memenangi Baucar Percutian RM888 (25 pemenang setiap bulan).
HAVAL H6 HEV: SUV hibrid yang telah memenangi pelbagai anugerah ini didatangkan dengan 5 tahun servis percuma dan subsidi faedah RM3,000, dengan jumlah penjimatan sehingga RM6,600.
ORA 7: Untuk mereka yang berminat dengan masa depan EV, ORA 07 yang bergaya menawarkan penjimatan sehingga RM25,000, termasuk subsidi faedah, pengecas Wallbox percuma, 5 tahun servis percuma dan lanjutan waranti selama 2 tahun.
ORA GOOD CAT: Nikmati penjimatan sehingga RM20,000, termasuk subsidi faedah, pengecas Wallbox percuma dan 5 tahun servis percuma.