BSH perkenal warna baharu ADV160, harga mula RM13,249

16

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu bagi skuter ADV160 menerusi pilihan hitam kusam dan merah di samping warna sedia ada, putih.

Selain itu, padanan grafik jalur baharu meningkatkan penampilan skuter yang dijual pada harga cadangan RM13,249.

Sementara itu, Honda ADV160 special edition pula menampilkan pilihan warna badan baharu iaitu kelabu yang dijual pada harga RM13,549.

Pilihan warna baharu itu bakal berada di pusat jualan IMPIAN X dan wakil pengedar sah Honda bermula Khamis ini (8 Mei).

Honda ADV160 dijana oleh enjin 157cc Enhanced Smart Power Plus (eSP+) yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm. 

Enjin tersebut menawarkan kecekapan penggunaan minyak, prestasi lebih lancar dan mengurangkan emisi menerusi reka bentuk pembakaran termaju dan suntikan bahan api PGM-FI yang tepat.

Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Idling Stop System (ISS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah kunci pintar Honda dengan penggera anti-pencuri dan fungsi jawab semula, pengecas USB, ruang simpanan 30 liter, meter LCD multi fungsi, pelarasan visor angin dua tahap, tangki minyak bersaiz 8.1 liter dan pencahayaan LED.

Setiap pembelian Honda ADV160 didatangkan dengan waranti pengilang dua tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here