Itik didapati ‘bersalah’ terbang lebih had laju di zon 30 km/j

137

Seekor itik liar didapati ‘bersalah’ kerana terbang melebihi had laju yang dibenarkan di kawasan zon 30 km/j, lapor BBC.

Aksi itik terbang tersebut berjaya dirakam oleh kamera perakam kelajuan di bandar Koeniz, tengah Switzerland.

Menurut polis, kamera perakam kelajuan merekodkan kelajuan itik Mallard itu terbang sepantas 52 km/j pada zon 30 km/j.

Lebih aneh, pihak berkuasa mendakwa itik tersebut merupakan pesalah berulang yang pernah terbang pada kelajuan yang sama tahun 2018.

Terdapat spekulasi yang menyebut ia merupakan sebahagian daripada jenaka April Fool, namun pihak polis menjelaskan agak mustahil untuk memanipulasi imej di dalam sistem radar.

Sesetengah pengguna laman media sosial Facebook turut bertanyakan apakah denda yang sesuai boleh dikenakan untuk itik pelumba tersebut. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here