Toyota RAV4 2026 diperkenal, tampil rugged, sporti dengan RAV4 GR Sport

16

Toyota Motor Corporation (Toyota) memperkenalkan RAV4 serba baharu (generasi keenam) yang tampil rugged dan sporti.

RAV4 mula diperkenalkan pada tahun 1994, ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) masih dilihat sebagai kenderaan off-road. Ia menjadi pelopor genre SUV crossover untuk kegunaan dalam dan luar bandar.

Sejak itu, RAV4 telah berkembang menjadi model global kegemaran ramai. Sepanjang lima generasi, model ini terus disesuaikan dengan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah.

RAV4 generasi kelima yang dilancarkan pada 2019 dibangunkan sebagai model gaya hidup baharu yang menyerlahkan keunikan RAV4.

Ia digarap dengan konsep Robust Accurate Vehicle with 4 Wheel Drive yang menggabungkan kuasa dan utiliti SUV secara sofistikated.

Model ini dibina atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA), yang meletakkan asas kepada pengendalian, kestabilan dan keselesaan tinggi.

RAV4 generasi keenam ini dibangunkan dengan konsep Life is an Adventure bertujuan menjadi rakan pengembaraan yang membolehkan semua orang menikmati gaya hidup aktif.

Ia menampilkan sistem hibrid baharu dengan prestasi pecutan lebih tinggi serta keupayaan untuk pergi ke mana sahaja, sambil dilengkapi teknologi pintar untuk memudahkan pemanduan.

Kunci kepada kepintaran teknologi lebih canggih ialah platform pembangunan perisian pertama dari Toyota iaitu Arene.

Melaluinya, Toyota menyasarkan tahap keselamatan dan ketenangan lebih tinggi, selain memperkayakan pengalaman mobiliti yang menyatu dalam kehidupan harian dan pengembaraan pengguna.

Toyota merancang melancarkan RAV4 baharu secara berperingkat di lebih 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Rangkaian Kuasa (Pasaran Jepun)

RAV4 baharu hadir dalam versi PHEV dan HEV. Model PHEV menampilkan Sistem Plug-in Hybrid baharu yang menggabungkan bateri pacuan berkapasiti tinggi dan pengecas output tinggi, sejajar dengan sistem hibrid generasi keenam Toyota, pertama kali digunakan dalam model ini.

PHEV

  • Jarak pemanduan EV dipertingkat: Sistem hibrid menggunakan semikonduktor kuasa silikon karbida dan bateri kapasiti tinggi untuk jarak EV sekitar 150 km (anggaran).
  • Prestasi off-road unik RAV4: Output motor ditingkatkan 12% untuk prestasi pacuan semua roda yang lebih menyeronokkan.
  • Fungsi bekalan kuasa: Menyokong V2H dan pengecas pantas DC (80% dalam kira-kira 30 minit).
  • Sistem pacuan semua roda elektrik (E-Four Advanced): Gabungan Dynamic Torque Vectoring AWD dan E-Four generasi baharu untuk kawalan tork hadapan dan belakang yang optimum, serta agihan kuasa kiri dan kanan di gandar belakang.
  • Prestasi dinamik lebih baik: Pusat graviti rendah dengan sistem suspensi belakang ditala semula dan penggunaan struktur badan berketegaran tinggi.
  • Sistem Kawalan Ketinggian Kenderaan Pintar (iACC): Menyesuaikan ketinggian kenderaan berdasarkan keadaan beban, untuk meningkatkan kestabilan dan keselesaan.

HEV

  • Penambahbaikan pada transgandar, PCU, bateri dan komponen lain meningkatkan kuasa motor dan respons pecutan.
  • E-Four generasi baharu: Meningkatkan agihan tork antara gandar untuk pengendalian dan kestabilan lebih baik di pelbagai permukaan.

Rangkaian Kuasa (Pasaran Amerika Syarikat)

Toyota Amerika Syarikat mengesahkan bahawa model RAV4 2026 akan ditawarkan dalam dua versi elektrifikasi iaitu Hybrid Electric Vehicle (HEV) dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV)

PHEV

  • Menggunakan Sistem Hibrid Plug-in baharu yang menggabungkan bateri pacuan berkapasiti tinggi dan pengecas berkuasa tinggi yang serasi dengan sistem hibrid generasi keenam Toyota.
  • Output sistem gabungan sehingga 320 hp bersih, naik 18 hp berbanding model terdahulu.
  • Semua model PHEV dilengkapi dengan pacuan semua roda (AWD) secara standard.
  • Peningkatan jarak pemanduan elektrik (EV) kepada anggaran 80 km.
  • Model XSE dan Woodland dilengkapi pengecas pantas DC, mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam kira-kira 30 minit melalui port pengecas CCS.
  • Model SE dan GR SPORT PHEV dilengkapi port pengecas J1772.
  • Pengecasan AC di rumah atau pengecas awam standard lebih pantas dengan pengecas dalaman sehingga 11 kW.

HEV (Hybrid Electric Vehicle)

  • Sistem hibrid generasi kelima Toyota dengan enjin 2.5L 4-silinder.
  • Peningkatan pada transaxle, unit kawalan kuasa, bateri dan komponen lain untuk output motor lebih tinggi.
  • Output kuasa gabungan:
    • 236 hp bersih bagi model AWD (naik dari 219 hp generasi sebelumnya).
    • 226 hp bersih bagi model pacuan hadapan (FWD), pertama kali ditawarkan (naik dari 203 hp model petrol FWD terdahulu).

Teknologi dan Ciri-ciri Lain

  • Sistem PHEV menggunakan semikonduktor silikon karbida pada gandar hadapan yang membolehkan komponen menjadi lebih kecil dan lebih cekap.
  • Kapasiti tunda bagi model tertentu AWD ialahsekitar 1,587 kg.
  • Semua model FWD dan model LE AWD mempunyai kapasiti tunda sekitar 794 kg.

Reka Bentuk

Reka Bentuk Luaran

RAV4 baharu menampilkan reka bentuk “RAV4-ness” yang diwarisi daripada generasi sebelumnya, sambil diperhalusi untuk mencerminkan teknologi dan fungsinya yang dipertingkat.

Tiga elemen utama:

  1. “Big Foot” — penekanan kepada tayar diameter besar 
  2. “Lift-up” — menggambarkan prestasi off-road 
  3. “Utility” — ruang kargo luas dan praktikal

Reka Bentuk Dalaman

  • Berasaskan fungsi SUV untuk memudahkan penggunaan dan memberikan pengalaman hiburan yang menyeronokkan.

Ciri-ciri khusus

  • Ruang penglihatan cemerlang dan pemanduan mudah dicapai dengan menurunkan permukaan atas papan instrumen kira-kira 40 mm.
  • Peranti digital lebih canggih dan terletak pada posisi optimum dengan sambungan meluas untuk telefon pintar.
  • Kemudahan penggunaan dipertingkatkan melalui ruang penyimpanan dan fungsi lain dengan reka bentuk moden dan ringkas.

Konsep Dalaman: Seni Bina Pulau (Island Architecture)

  • Fungsi seperti paparan dan suis dikumpulkan dalam kelompok tersendiri (pulau).
  • Papan instrumen mendatar membantu mengekalkan keseimbangan rasa SUV.
  • Susunan sistem navigasi, meter, dan elemen lain mengurangkan pergerakan mata pemandu.
  • Corong pendingin udara diletakkan supaya mudah dicapai dengan segera.

Komponen dan Fungsi yang Meningkatkan Kebolehgunaan dan Kualiti

  • Konsol
    • Pad pengecasan pantas untuk telefon pintar dan port USB diletakkan dengan teliti untuk kemudahan akses.
    • Kotak konsol boleh diterbalikkan yang boleh digunakan sebagai tempat letak lengan atau dulang.
  • PanelGear
    • Menggabungkan tuas gear, brek parkir elektrik (EPB), dan suis brake hold untuk mengurangkan operasi dan pergerakan mata semasa memandu.
    • Menggunakan teknologi shift-by-wire untuk reka bentuk yang ringkas dan kemas.
    • Kemasan piano hitam menambah sentuhan elegan pada panel.
  • Ruang Kargo
    • Kapasiti but diperluaskan dari 733 liter kepada 749 liter tanpa perubahan saiz kenderaan.

Tiga Gaya Berbeza

Toyota menawarkan RAV4 baharu dalam tiga gaya berbeza iaitu Core, ADVENTURE dan GR SPORT untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelbagai.

Core menampilkan gaya bandar yang sofistikated dan sesuai untuk kegunaan harian. Ia ditawarkan dalam versi HEV dan PHEV, dengan rekaan bumper dan rim bersih serta moden.

Varian ini berukuran 4,610 mm panjang, 1,865 mm lebar dan 1,690 mm tinggi, dengan jarak kelegaan tanah 190 mm.

ADVENTURE pula direka untuk aktiviti luar, ditawarkan dalam versi HEV sahaja, menampilkan skid plate lasak, kemasan rugged dan jarak kelegaan tanah lebih tinggi.

Ia berukuran 4,610 mm panjang, 1,865 mm lebar dan 1,705 mm tinggi, dengan jarak kelegaan tanah 200 mm.

GR SPORT direka khas untuk pemandu yang mengutamakan gaya sporty dan pengendalian tajam, ditawarkan dalam versi PHEV sahaja, serta menampilkan rim khas, suspensi talaan GR dan gaya agresif berinspirasikan sukan permotoran.

Dimensinya ialah 4,610 mm panjang, 1,865 mm lebar dan 1,665 mm tinggi, dengan jarak kelegaan tanah 180 mm.

Ketiga-tiga gaya ini bukan sahaja berbeza dari segi penampilan seperti bumper, skid plate dan rim, malah turut dibezakan oleh talaan casis, sistem pacuan dan karekter pemanduan tersendiri.

Teknologi Pintar: Arene dan Toyota Safety Sense Baharu

RAV4 baharu menjadi model pertama menggunakan Arene, platform pembangunan perisian kenderaan oleh Toyota. Dengan Arene, sistem seperti multimedia, pengecaman suara dan navigasi dapat dikemas kini dari jauh.

Ciri utama:

  • Sistem pengenalan suara canggih
  • Sistem navigasi mesra pengguna
  • Boleh dikemas kini dan dinaik taraf dari jauh

RAV4 juga dilengkapi sistem keselamatan aktif generasi baharu Toyota Safety Sense dengan ciri seperti:

  • Sistem Henti Memandu Kecemasan
  • Penyekatan Pecutan Mengejut (semasa memandu atau berhenti)
  • Bantuan Keluar Selamat
  • Pemantau Pemandu

RAV4 baharu dijadual untuk dilancar secara rasmi di Jepun sebelum akhir tahun fiskal 2025.

Untuk pasaran Amerika Syarikat pula dijangka tiba di bilik pameran pada penghujung tahun dan harga akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh jualan.

Toyota RAV4 2026:

Toyota RAV4 GR Sport Eropah 2026:

Toyota RAV4 Core Eropah 2026:

Toyota RAV4 Adventure Eropah 2026:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here