
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengemas kini struktur tarif elektrik bagi semua kategori pengguna di Semenanjung Malaysia yang memberikan penjelasan lebih jelas mengenai kadar caj berdasarkan jenis penggunaan.
Berikut 10 fakta pantas kenaikan tarif elektik berkuatkuasa 1 Julai 2025 :
- Kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027.
- Tarif asas ditetapkan pada 45.40 sen/kWj berbanding struktur asal 45.62 sen/kWj. Berdasarkan pelarasan itu, purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding tempoh sebelum Disember 2024.
-
Insentif Cekap Tenaga diperkenalkan sebagai galakan kepada 23.6 juta pengguna domestik agar berhemat. Dengan penggunaan elektrik 1,000kWj dan ke bawah dijangka tidak terkesan dengan pelaksanaan jadual tarif baharu.
-
Pengguna bukan domestik voltan rendah yang menggunakan 200kWj dan ke bawah turut akan mendapat manfaat daripada insentif tersebut daripada Insentif Cekap Tenaga.
-
Skim Masa Penggunaan (TOU) diselaraskan dan diperluas kepada tempoh luar puncak yang lebih panjang iaitu keseluruhan Sabtu, Ahad dan mulai 10 malam sehingga 2 petang pada Isnin hingga Jumaat. Sekiranya menggunakan waktu di luar puncak, pengguna dapat menjimatkan bil elektrik berbanding waktu puncak.
-
Pemberian rebat sebanyak 10 peratus bagi institut berdaftar pengajian tinggi, sekolah, rumah kebajikan dan rumah ibadat.
-
Penerusan Program Rebat Bil Elektrik RM40, iaitu bantuan bulanan sehingga maksimum RM40 yang diberikan kepada Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri.
-
Semua pengguna akan menerima bil elektrik dalam format baharu lebih terperinci (itemised billing) yang akan dipecahkan bil kepada empat bahagian iaitu Caj Tenaga, Caj Kapasiti, Caj Rangkaian, Caj Peruncitan.
-
Pengguna yang menggunakan antara satu hingga 200 kilowatt-jam (kWj) dikenakan kadar sebanyak 21.80 sen bagi setiap kWj.
-
Penggunaan antara 201 hingga 300 kWj dikenakan kadar 33.40 sen/kWj, manakala penggunaan 301 hingga 600 kWj dikenakan kadar 51.60 sen/kWj.