MBSJ roboh garaj kereta haram atas tanah rizab awam

30

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan operasi tindakan bersepadu  perobohan binaan garaj kereta haram di atas tanah rizab awam.

Menerusi kenyataan media, operasi itu dilakukan di sekitar Jalan BK 5/8E, Bandar Kinrara, pada Khamis. 

“Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dalaman termasuk Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasa serta dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari IPD Serdang dan Balai Polis Kinrara bagi memastikan kelancaran tindakan penguatkuasaan.
 
“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Majlis,” katanya.
 
Jelasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membina struktur secara haram di atas tanah rezab awam.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here