Nissan rancang mahu kurangkan produksi generasi baharu Leaf (2026)

30

Nissan Motor dilapor mahu mengurangkan skala pengeluaran bagi model generasi baharu kenderaan elektrik Nissan Leaf 2026.

Menurut laporan Reuters, langkah tersebut terpaksa diambil disebabkan oleh sekatan eksport nadir bumi oleh kerajaan China, memberikan kesan kepada kekurangan komponen yang diperlukan.

Nissan Leaf (2026) sepatutnya dilancarkan secara rasmi pada tahun ini, namun gangguan bekalan terbaharu ini dilihat mampu merumitkan rancangan penstrukturan semula Nissan termasuk menutup tujuh kilang dan mengurangkan sehingga 15 peratus tenaga pekerja.

Generasi baharu Leaf diperlihatkan secara rasmi pada bulan lepas, dan sepatutnya mendarat di pasaran Amerika Syarikat menjelang musim luruh ini. 

Berbeza dengan Leaf terdahulu, Leaf (2026) membawakan rekaan crossover dan berkongsi platform yang sama dengan crossover elektrik Ariya EV.

Terdapat dua pilihan rangkaian kuasa elektrik yang bakal ditawarkan pada Leaf (2026) termasuklah varian aras mula dengan motor elektrik 174 hp dan pek bateri 52 kWh.

Versi yang paling berkuasa mampu menghasilkan 215 hp dengan padanan pek bateri 75 kWh.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here