#GIIAS2025: Polytron Fox R skuter elektrik buatan lokal Indonesia

20

Polytron jenama motosikal elektrik Indonesia mempamerkan Fox R series di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025.

Jenama lokal itu menampilkan tiga warna baharu Vulcan Silver, Velvet Navy Blue, dan Hunter Green bersama potongan harga IDR 7 juta (RM1,818).

Menurut Polytron Indonesia, motosikal elektrik itu merupakan buatan lokal sepenuhnya berbanding segmen kereta yang melibatkan kerjasama dengan Skyworth Auto.

Skuter elektrik Fox-R menawarkan jarak tunggangan sejauh 130km dengan sekali cas penuh.
 
Bateri LFP yang ditanam di bawah ruang simpanan pelana itu memiliki kapasiti 3.5kWh dan menawarkan kelajuan maksimum 95kmj.
 
Dijual pada harga IDR 13.6 juta (RM36,000), skuter dengan motor 3,000 watt itu memberikan pecutan dan kelajuan yang cukup untuk tunggangan harian.

 
Antara ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah lampu LED, panel meter digital serta punat ‘undur’ dan ‘boost’. 
 
Selain itu, pengeluar juga menawarkan pembiayaan sewa bulanan bateri pada harga Rp200,000 (RM54). 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here