
Wuling Motors memperkenalkan Cortez Darian pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025 menerusi dua pilihan varian iaitu kenderaan bateri elektrik (BEV) dan kenderaan plug in elektrik (PHEV).
Timbalan Presiden Eksekutif SAIC-GM-Wuling Automobile, Vincent Wong berkata nama Darion itu inspirasi daripada frasa Indonesia selaras dengan tagline Wuling ‘Dibangun di Indonesia untuk Anda” pada ulang tahun Wuling ke-8.
Selain itu kata ‘Darion’ juga berarti ‘Hadiah’ dalam bahasa Yunani. Sedangkan Cortez sendiri berasal dari perkataan ‘Corteous’ dalam bahasa Sepanyol yang bermakna berwibawa.
Bukan sahaja penampilan sulung di GIIAS 2025, kehadiran Cortez Darion juga merupakan debut perdana pertama di peringkat global.
MPV itu boleh ditempah pada harga pra-tempahan bermula dari IDR 400 juta untuk EV, dan IDR 500 juta (RM) buat PHEV.
Cortez Darian EV dilengkapi dengan motor elektrik 150kW yang mampu menghasilkan jarak pemanduan sehingga 540km manakala versi PHEV pula dipadankan dengan enjin 1.5 liter dengan tambahan motor elektrik 145kW.
Pemanduan menggunakan elektrik penuh adalah sejuah sehingga 125km bersama transmisi DHT.
Wuling juga memperkenalkan sejumlah teknologi terbaharu bermula dari casis, bateri sehingga aplikasi Ling OS.
Model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Wuling di Cikarang Jawa Barat itu memiliki bentangan kabin tujuh kerusi yang mana di barisan kedua menampilkan kerusi kapten untuk keselesaan.
Urusan keluar dari kabin menjadi lebih mudah dengan bukaan pintu penumpang jenis gelunsur dan suasana kabin menjadi lebih lapang dengan adanya bumbung suria.
Penampilan luaran moden menerusi bahasa rekaan Elegant Streamline dipadankan dengan dimensi panjang 4,910mm, lebar (1,850mm) dan tinggi (1,770mm) bersama jarak roda 2,910mm.
Pengecasan varian EV menggunakan CCS2 membolehkan isian bateri daripada 30 hingga 80 dalam tempoh 30 minit.