
Setelah debutnya secara global pada November 2023 lalu, akhirnya Subaru menghadirkan Forester serba baharu pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025.
Debut perdana di peringkat Asia Tenggara itu menjadikan Indonesia negara pertama membawa masuk SUV berkenaan pada harga Rp 695.5 juta (RM).
Antara ciri peralatan yang ditawarkan adalah Emergency Driving Stop Assistant yang mana secara automatik akan menghentikan kendaraan sepenuhnya apabila mengesan pemandu tidak responsif dalam waktu tertentu.
Kemudian, teknologi Subaru EyeSight generasi terbaharu kini hadir dengan sudut kamera lebih lebar, menyokong ciri keselamatan aktif lain termasuk brek pra kemalangan, kawalan kruise adaptif, bantuan kekal lorong hingga kamera 360 dan lampu selekoh.
Subaru juga menawarkan kerusi dengan anti letih, Ergonomic Medical Seats hasil kerja sama dengan institusi kesihatan di Jepun.
Kerusi depan itu menyokong pinggul dan tulang belakang yang ideal sehingga meminimumkan keletihan pada perjalanan jauh. Selain itu, ia juga meminimumkan getaran dari kepala hingga pinggang.
Subaru mendakwa tahap NVH juga meningkat hingga 12.5 peratus terutama di barisan kedua. Ia berkat penggunaan material peredam yang lebih baik di bahagian bumbung dan struktur penguat.
Sementara skrin infotainment 11.6-inci kini boleh disambung ke aplikasi Apple Carplay dan Android Auto. Alunan muzik dimainkan menerusi pembesar suara Harman Kardon.
Ciri peralatan lain yang didatangkan termasuklah pengecas tanpa wayar, bumbung suria dan pintu bonet berkuasa elektrik dengan sensor kaki.
Subaru Forester serba baharu didatangkan dengan enjin 2.5 liter Boxer berkuasa 185 PS dengan tork 247Nm bersama transmisi Lineartronic bersama penggerak Symetrical AWD khas Subaru.