Tiada campur tangan politik rasionalisasi portfolio aset Petronas

43

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada campur tangan politi dalam pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petroliam Nasional Bhd (Petronas). 

Beliau berkata penilaian aset huluan Petronas dilakukan secara berterusan mengikut kebijaksanaan dan pertimbangan komersial syarikat minyak dan gas multinasional itu sendiri.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata sebagai contoh pengembangan operasi Petronas di Kanada dilaksanakan berikutan potensi besar sumber gas sebanyak 50 trilion kaki padu.

“Harus kita faham keputusan dan kebijaksanaan seperti mana berlaku di Kanada, ini kerana operasi (di Kanada) menjadikan pasarannya strategik.

“Kekuatan rezab gas asli itu besar sekitar 50 trilion kaki padu (TCF) dan mula mengeksport, tetapi ia harus dilakukan bersama syarikat gergasi lain.

“Penilaian aset huluan seperti mana berlaku di Brazil penting dilakukan terus menerus, mengikut pengalaman.

“Kita serahkan kebijaksanaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada Petronas tanpa campur tangan politik. Mereka hanya melaporkan (kepada kerajaan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here