Wanita warga asing mengamuk di Kajang, enam cedera

171

Polis melaporkan enam warga tempatan berumur antara 21 hingga 60 tahun cedera akibat serangan seorang wanita warga asing di Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata dua daripada mangsa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut manakala empat lagi mangsa dirawat sebagai pesakit luar.

“Dalam kejadian itu, tiga buah motosikal mengalami kerosakan akibat dilanggar suspek di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran sebuah pusat membeli belah di bandar Kajang. 

“Dalam kejadian kira-kira 11.58 pagi itu, suspek bertindak keluar dari kereta dan menyerang orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian bersenjatakan sebilah pisau di tangan,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Jelas beliau, wanita warga asing berusia 24 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan orang awam bersama sebilah pisau lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Suspek ditahan dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjaran maksimum 20 tahun.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes boleh hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pengawai penyiasat kes Inspektor Nursyaza Farhah (017-6919817) bagi membantu siasatan,” jelasnya.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here