Anggota polis maut dilanggar lari

124

Seorang anggota polis maut dipercayai menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian di KM94, Jalan Ipoh-Butterworth berhadapan Taman Selinsing Indah di Bagan Serai, pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.15 petang itu, Konstabel Muhammad Hakim Danial Ruhiman, 23, dari Balai Polis Bagan Serai, cedera di bahagian pinggang dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Taiping.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata siasatan awal mendapati motosikal Honda yang ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah lori yang tidak dikenal pasti, datang dari arah sama.

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, kenderaan berat tersebut berwarna putih dan bertutup kanvas kelabu dipercayai berhenti sebentar di bahu jalan sebelum meninggalkan lokasi.

โ€œMangsa telah dimasukkan ke zon merah untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.15 malam.

โ€œPolis sedang mengesan kenderaan dan pemandu terbabit termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian,โ€ katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau berbahaya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chiku 5, Kelantan, sekitar jam 11 pagi pada Khamis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here