
Sekumpulan geng pencuri memecah masuk fasiliti Dearden Motorcycles yang terletak di Hardley Industrial Estate, Hampshire, England sekitar jam 1.40 pagi awal bulan yang lalu.
Menurut laporan RideApart, hanya dalam masa 20 minit empat individu tersebut berjaya membuka pintu depan dan 10 minit kemudian mereka membawa lari tujuh motosikal jenama Aprilia menggunakan sebuah van.
Apa yang mengejutkan ialah geng pencuri itu hanya menyasarkan motosikal jenama Aprilia sahaja, manakala motosikal lain yang berada di kedai tersebut langsung tidak terusik.
Menurut pengurus jualan Julie Bentley berkata, “mereka hanya menyasarkan motosikal Aprilia sahaja, jadi mereka tahu dengan tepat yang mereka cari.”
Kerugian dianggarkan bernilai lebih £90 ribu (RM513 ribu).
Kes kecurian motosikal kini semakin berleluasa di United Kingdom, terutama di bandar London.































