Pembeli YU7 bengang tunggu terlalu lama, CEO Xiaomi cadangkan beli saja Tesla Model Y

13

Baru sahaja dilancarkan dua bulan lepas, SUV elektrik Xiaomi YU7 ternyata mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan rakyat China.

Dalam tempoh 18 jam sahaja, Xiaomi telah menerima jumlah tempahan mencecah 240,000 unit.

Permintaan yang terlalu menggalakkan itu menyebabkan tempoh menunggu YU7 kini mencecah purata 56-59 minggu bergantung kepada varian yang dipilih.

Keadaan ini juga menyebabkan ramai bakal pemilik YU7 merungut kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan unit masing-masing.

Menjawab kepada rungutan tersebut, ketua eksekutif Xiaomi Lei Jun mencadangkan supaya mereka yang mahukan EV dalam kadar segera supaya mencari model EV lain.

“Sekiranya anda mahukan kereta secepat mungkin, terdapat kereta tenaga baharu buatan China yang cukup bagus,” tulisnya dalam media sosial.

Antara model yang dicadangkan oleh beliau termasuklah Xpeng G7, Li Auto i8 serta pesaing YU7 itu sendiri, iaitu Tesla Model Y.

Jun tidak kisah sekiranya pelanggan berpotensi Xiaomi memilih produk Elon Musk.

“Tesla Model Y merupakan sebuah kereta yang hebat, dan Tesla juga telah mengumumkan promosi baru-baru ini, jadi anda boleh pertimbangkan model tersebut.

Xiaomi YU7 menawarkan pakej spesifikasi yang cukup menarik, dengan harga jualan bermula dari RMB235,500 (RM138,728).

Varian asas hadir dengan motor elektrik 315 hp, senibina 800-voltan yang membolehkan pengecasan sehingga 80 peratus dalam tempoh 13 minit, dan mampu bergerak sejauh 835 km untuk sekali cas penuh.

Varian Pro pula didatangkan dengan tetapan dua motor elektrik 489 hp, sementara varian Max hadir dengan kuasa 681 hp dan pek bateri NMC 101.7 kWh dengan harga cuma RMB329,900 (RM194,337).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here