Polis Kedah lupus 1,385 aksesori motosikal diubah suai

70

Polis Kedah melupuskan 1,385 aksesori motosikal yang diubah suai dengan nilai rampasan RM131,000 sejak 2024 hingga September lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata pelupusan tersebut melibatkan 546 unit ekzos, 574 unit ‘swing arm’, 15 unit karburetor, tiga Unit Kawalan Elektronik (ECU), 109 unit fork dan 138 unit lain-lain item.

“Pelupusan itu dijalan selepas mendapat arahan dari Majistret di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah dengan kaedah pelupusan menggunakan jentera penggelek jalan.

“Kesemua aksesori-aksesori motosikal ini dirampas dan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat banyak lagi barang dirampas yang menunggu arahan mahkamah untuk dilupuskan.

Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah membuat sitaan terhadap 21,811 komponen motosikal yang diubahsuai dengan tidak mengikut spesifikasi yang mana komponen paling tinggi dirampas adalah ekzos dengan 9,575 unit dan swing arms sebanyak 6,768 unit.

Jelasnya operasi sitaan komponen itu menunjukkan penurunan kadar kemalangan sebanyak 21,381 kes pada 2025 berbanding tahun sebelmnya sebanyak 21,453 kes.

“Daerah yang menunjukkan penurunan paling tinggi iaitu daerah Kota Setar iaitu 4,485 kes pada tahun 2025 berbanding 4,773 kes pada tahun 2024, penurunan sebanyak 288 kes,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here