
Bulletproof Automotive, nama yang memainkan peranan penting memperkenalkan dunia penala Jepun kelas tinggi ke Amerika pada awal 2000-an, kembali dengan sebuah projek istimewa untuk menandakan ulang tahun ke-25 mereka.
Di ruang Toyo Tires Treadpass, SEMA 2025, Bulletproof Automotive mempersembahkan Honda S2000 BP25, sebuah kereta demonstrasi yang meraikan falsafah asal JDM dengan RPM tinggi, pengalaman pemanduan analog, pakar handalan dari Jepun dan kemasan tertinggi yang kini digabungkan dengan teknologi moden.
Projek ini juga menjadi penghormatan kepada usaha awal pengasasnya, Ben Schaffer, yang bukan sahaja membawa jenama seperti Top Secret, Amuse, Spoon, Varis, Mine’s dan Aragosta ke pasaran Barat, tetapi turut menulis dalam kolum The Real JDM untuk menjelaskan budaya talaan Jepun kepada pembaca global.
BP25 menjadi kesinambungan kepada warisan tersebut.
Rekaan & Visual – Mengembalikan Ikon Bulletproof
Pemilihan warna Lamborghini Balloon White bukan kebetulan, tetapi mengulangi tema kereta demo Bulletproof paling ikonik iaitu Concept One, yang pernah beraksi di Tsukuba dan dipamerkan di Petersen Museum.
Riasan grafik emas turut dikekalkan sebagai simbol kesinambungan identiti.
Kereta ini turut memperkenalkan kit Varis Dark Panther Widebody versi baharu untuk Amerika Utara dan tampil membawa S2000 ke tahap lebih agresif dan meningkatkan prestasi aerodinamik gentian karbon.
Penampilan Luaran:
- Varis Dark Panther Widebody (Pengenalan pertama di Amerika Utara)
- Spoon Hardtop Remix
- Varis Cooling Bonnet V2 (hud penyejukan), GT Wing (sayap GT), Lightweight Trunk (penutup but ringan) — jenis 12K Carbon SPL
- Top Secret Speedglass (cermin hadapan khas ringan)
- Lampu belakang LED Infinity Mirror buatan khas
- Warna & grafik oleh Bulletproof Auto Spa
- Rim UP Forged BP-RW Evolution (19×11+27) direka dengan inspirasi teknik tukangan metal Jepun Tsuchime, diproses menggunakan teknologi pemesinan 5-axis CNC.
Prestasi & Karakter – RPM Tinggi Kekal, Kuasa Ditambah
BP25 mengekalkan DNA asal S2000 sebagai kereta ringan dengan rpm tinggi, tetapi dipertingkat dengan kuasa pengecas lampau (supercharged) sehingga 580 hp dan redline setinggi 10,000 rpm.
Konfigurasi enjin:
- Enjin 2.0L rpm tinggi (enjin crate)
- 580whp @ 9,300 rpm, redline 10,000 rpm
- Pengecas lampau Vortech V2-Si AEM Infinity EMS + sistem bahan api pam berkembar
- Kepala ekzos titanium Amuse + ekzos Amuse 70mm Euro Dual titanium
Casis, Pengendalian & Brek
Dengan kuasa hampir dua kali ganda dari standard, sokongan casis dan kawalan pengendalian sangat penting.
Komponen pengendalian & brek:
- Top Secret / Aragosta Super Damper (penyerap hentak larasan 16k/14k)
- Sistem Roberuta Cup Kit (pengangkat hidraulik depan & belakang)
- J’s Racing lengan kawalan belakang, pelaras pusat olengan, palang pengukuh
- Spoon X-Brace
- ASM x Drexler LSD
- Brembo Pista Big Brake Kit depan & belakang (dengan angkup belakang berkembar)
- Toyo Proxes R888R 295/30ZR19
Gabungan ini menghasilkan cengkaman tinggi, respon casis tepat dan pengendalian pemandu yang sejati.
Bahagian Dalaman – Fokus Pada Pemandu
Ruang kokpit disiapkan dengan prinsip berorientasikan litar namun kekal kemas
- Recaro RS-G Super Stark (pemandu & penumpang)
- Mugen Roll Bar + panel pengganti roll hoop (rangka belakang kabin)
- Stereng Mugen 350mm (buat masa ini stereng Keys Kinoshita digunakan)
- Butang hon NSX-R
- Tombol gear ARC titanium
- Kemasan Alcantara hitam + jahitan merah pada papan pemuka & pelapik bumbung







































