
Peminat motosikal dan e-sukan kini berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’ serta hadiah wang tunai lumayan menerusi pelancaran kempen figura edisi terhad ‘GAYA POP’ Blind Box.
Kempen kerjasama antara Yamaha Motor Malaysia dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) ini menampilkan lima figura unik watak Brody, maskot popular MPL.
Edisi Khas NVX Untuk 1,000 Pemilik Terawal

Bagi menghargai pelanggan setia, satu figura Brody edisi khas NVX bersama sekeping kad hologram eksklusif disediakan secara percuma untuk 1,000 pemilik pertama Yamaha NVX 155 Edisi SP.
- Kelayakan: Pemilik yang berjaya mendaftar motosikal melalui aplikasi Genblu Rewards.
- Hadiah: Kotak hadiah edisi terhad yang mengandungi figura Brody NVX dan kad hologram eksklusif.
- Syarat: Berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’, selagi stok 1,000 unit masih ada. Penghantaran melalui pos selepas pendaftaran disahkan.
Tukar ‘Topup’ Jadi Figura & Mata Bonus

Empat figura Brody yang lain dalam siri GAYA POP boleh dikumpul melalui program ganjaran mata GBR di pengedar sah Yamaha terpilih bermula 1 November 2025.
- Pelanggan hanya perlu membuat ‘topup’ minimum RM80 di kedai pengedar sah yang menyertai kempen (rujuk laman web rasmi Yamaha).
- Setiap ‘topup’ RM80 secara automatik akan memberikan:
-
-
Bonus 2.5x mata (bersamaan 200 mata GBR).
-
Satu Blind Box Figurine ‘GAYA POP’ sebagai hadiah percuma.
-
Hadiah Utama: Menangi Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad!
Setiap 200 mata GBR yang dikumpul kini boleh digunakan untuk menebus satu penyertaan cabutan bertuah utama iaitu Yamaha NVX 155 SP Edisi Terhad ‘Yamaha x MPL’.
Tiada had penyertaan dikenakan, bermakna peminat boleh menebus seberapa banyak penyertaan yang diingini untuk meningkatkan peluang kemenangan.
Pemenang bertuah akan diumumkan secara langsung ketika MPL MY Season 16 Grand Finals pada 16 November 2025.
Ganjaran Kolektor Penuh
Di samping itu, pengumpul tegar figura berpeluang memenangi hadiah tunai dan kotak pameran khas dengan melengkapkan set lima figura Brody:
- Tiga pelanggan pertama yang berjaya mengumpul kesemua lima figura akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang, berserta sebuah kotak pameran kolektor edisi khas.
- Tujuh pelanggan seterusnya (tempat 4-10) akan menerima kotak pameran kolektor eksklusif.































