Utama Berita Automotif Jualan merudum, Ford mungkin henti jualan F-150 Lightning

Jualan merudum, Ford mungkin henti jualan F-150 Lightning

8

Biarpun F-150 Lightning dinobatkan sebagai trak pikap elektrik paling laris, ia tidak menghalang Ford daripada mempertimbangkan hasrat untuk menamatkan penjualan model tersebut, lapor Carscoops.

Pada bulan lepas, Ford mengumumkan perancangan untuk menggantung terus pengeluaran F-150 bagi memberikan laluan kepada trak pikap berenjin.

Hasilnya, kebanyakan pekerja di fasiliti Rouge Electric Vehicle Center telah dipindahkan ke kilang Dearborn Truck berhampiran.

Sepanjang tempoh suku ketiga, Ford hanya menjual 10,005 unit F-150 Lightning, menjadikan jumlah jualan keseluruhan 23,034 unit setakat ini, atau 1 peratus lebih baik berbanding tahun lepas.

Namun begitu, angka jualan tersebut jauh lebih rendah dan sukar untuk mengatasi model-model Ford lain seperti Lincoln Nautilus (26,237), E-Series (30,195) dan Mustang (32,818).

Tambah merumitkan keadaan, Ford mengalami kerugian sebanyak $13 bilion dalam segmen kenderaan elektrik sejak tahun 2023 lagi.

Selain Ford, pesaingnya GM juga turut berdepan dengan situasi yang serupa.

Untuk tempoh masa yang sama, Chevrolet sekadar menjual 9,379 unit Silverado EV, diikuti Sierra EV (6,147 unit), sementara gandingan SUV dan pikap GMC Hummer pula berjumlah 13,233 unit.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here