Utama Berita Automotif Renault Twingo EV: Sebuah lagi EV gaya retro untuk pasaran massa

Renault Twingo EV: Sebuah lagi EV gaya retro untuk pasaran massa

8

Renault nampaknya mempunyai resepi yang cukup baik dalam menawarkan barisan kenderaan elektrik untuk pasaran massa.

Selepas pelancaran model 5 E-Tech dan 4 E-Tech, kini muncul sebuah lagi EV menggunakan nama yang cukup dikenali – Twingo.

Berbeza dengan penawaran terdahulu, Renault Twingo generasi baharu ini akan dijual secara eksklusif dalam versi kenderaan elektrik sahaja.

Reka bentuk luaran Twingo EV ini banyak diinspirasikan daripada model asal Twingo yang wujud pada tahun 1993, seperti lampu utama, tiga liang hud, dan tingkap pintu belakang jenis pop-out.

Dari segi saiz, Twingo berukuran 3,789 mm, lebar 1,720 mm, tinggi 1,491 mm dengan jarak antara roda hampir 2.5 meter.

Ruang kabin pula dikemaskan dengan skrin kluster tujuh inci, skrin infohibur 10 inci, selain mengekalkan beberapa butang fungsi fizikal yang cukup penting terutama pada roda stereng, konsol tengah dan panel pintu.

Unik untuk segmennya ialah tempat duduk baris kedua yang boleh dilaras kedudukan untuk memaksimumkan ruang sedia ada.

Secara standard, Twingo EV menawarkan ruang sebesar 360 liter dan boleh mencapai sehingga 1,000 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Renault Twingo EV dikuasakan oleh motor elektrik pacuan roda depan berkuasa 80 hp dan 175 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 12.1 saat dan kelajuan maksimum 130 km/j.

Bateri berkapasiti 27.5 kWh pula menawarkan jarak gerak sejauh 263 km untuk sekali cas penuh.

Namun usah risau kerana Twingo EV menyokong pengecasan AC 11 kW, serta pengecasan pantas DC 50 kW di mana pengecasan 10-80 peratus boleh dicapai dalam tempoh setengah jam.

Renault Twingo EV akan mula dijual di pasaran Eropah bermula tahun depan, dengan harga jualan anggaran bawah €20,000 (RM96,408).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here