Patah tulang kaki terkena serpihan besi di LPT 2

19

Seorang pemain bola sepak patah tulang kaki selepas terkena serpihan besi ketika menunggang motosikal di KM375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.

Mangsa, pemain bola sepak kelab Tanjung Sabtu FC,  Muhammad Irfan Ikhram Muhamad Rosli, 19 berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan pulang dari Cherating menuju ke rumahnya di Kampung Tanjung Sabtu, Manir pada 24 Oktober lalu.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang agak gelap dan berbukit, dia tiba-tiba terasa sesuatu mengenai betis kirinya sebelum segera memberhentian motosikal.

“Masa tu sedar-sedar je rasa sakit sangat di bahagian kaki. Bila tengok, betis dah berdarah.

“Mujur masa tu ada kawan-kawan yang konvoi motosikal bersama berhenti dan segera hubungi ambulan dan saya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Irfan berkata, insiden itu berlaku di kawasan gelap, tiada lampu jalan dan sering menjadi lokasi kemalangan.

Kredit Gambar : YB Ridzuan Hashim, ADUN Buluh Gading

“Saya sendiri tidak pasti besi itu datang dari mana sebab keadaan gelap. Mungkin juga ia tiba-tiba terpelanting menembusi motosikal dan terus terkena betis saya,” ujarnya.

Tambahnya, doktor mengesahkan tulang pada bahagian kakinya patah dan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

“Doktor sahkan tulang betis saya patah dua, tapi tidak perlu masuk besi sebab tulang boleh bercantum semula.

“Sekarang saya masih belum boleh berjalan sebab masih rasa sakit. Mungkin lama lagi baru saya boleh bangun berjalan,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here