Suzuki Fronx Hybrid rasmi lancar, harga RM147,888

8

Naza Eastern Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Suzuki di Malaysia melancarkan model terbaharu, Suzuki Fronx Hybrid.

Menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP, Fronx Hybrid menggabungkan ketegapan atletik sebuah SUV dengan keanggunan sebuah coupe.

SUV itu menggunakan enjin K15C 1.5 liter 4-silinder sebaris aspirasi semula jadi dengan gabungan penghidup generator (ISG) yang menghasilkan kuasa 77kW @ 6,000 dan tork
138Nm @ 4,400 bersama kotak gear 6-kelajuan.

Dengan tangki bahan api 37 liter dan bateri lithium ion 12V-10Ah, ia mampu mencapai julat pemanduan melebihi 700km (WLTP).

Dibina di atas platform ringan terbaharu Suzuki, penampilan Fronx diserlahkan menerusi gril depan kemasan krom, lampu depan multi-reflektor LED dengan nyala siang (DRL) serta disepadukan dengan lampu signal.

Lampu belakang yang melintang turut menggunakan jenis LED. Kemudian, ia dilengkapi dengan rel bumbung, dan plat skid di depan, belakang serta sisi. 

Suzuki Fronx berukuran 3,995 mm panjang, 1,765 mm (lebar), dan 1,550 mm (tinggi) dengan jarak roda 2,520mm. Siluetnya menyerupai coupé dan garis bahu berotot memberikan profil dinamik yang menggabungkan ciri kesukanan dan kecanggihan.

Ia dilengkapi rim aloi 16 inci dan ditawarkan dalam palet warna dwitona termasuk:

  • Rising Orange + Cool Black
  • Savanna Ivory + Cool Black
  • Ice Grayish Blue + Cool Black
  • Pilihan warna badan tunggal turut ditawarkan iaitu Pearl Mellow Deep Red, Cool Black, Pearl Snow White, dan Magma Gray.

KABIN: Keselesaan dan Ketersambungan

Fronx mempamerkan falsafah Suzuki iaitu kesederhanaan moden dan reka bentuk yang memfokuskan pemandu.

Sistem infotaimen skrin sentuh definisi tinggi bersaiz 9-inci berada di tengah kabin yang kemudian menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Di samping itu, turut tersedia paparan head-up (HUD), sistem kamera 360 darjah, stereng tiga jejari kemasan kulit dengan pelarasan dongakan dan teleskopik, kawalan jelajah, pengecasan peranti tanpa wayar, tujuh ruang simpanan, ruang but 308 liter, dan tempat duduk belakang boleh lipat 60:40.

Demi ketenangan minda pemilik, Suzuki Fronx Hybrid menawarkan ciri keselamatan yang komprehensif termasuk:

  • Enam beg udara.
  • ABS dengan EBD dan Bantuan Brek.
  • Kawalan Bantuan Mula Mendaki (Hill Hold Control – HHC) dan Program Kestabilan Elektronik (ESP®).
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti Dual Sensor Brake Support II (DSBS II), Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Monitor (BSM), dan pelbagai fungsi bantuan lorong lain.

Fronx ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans sebanyak RM147,888. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti kenderaan 3 tahun atau 100,000 km, serta waranti bateri 5 tahun atau 100,000 km (mana yang dahulu).

Sebagai sebahagian daripada Promosi Early Birds, pelanggan akan menikmati rebat eksklusif RM4,000 atau Pakej Aksesori Tulen Suzuki Percuma (termasuk rak multi-bumbung, bakul bumbung, dan visor pintu). Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2025.

GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here