Mitsubishi Xforce serba baharu sah masuk Malaysia, tempahan dibuka awal Februari 2026

4

Mitsubishi Motors Malaysia akhirnya mengumumkan kehadiran Mitsubishi Xforce serba baharu untuk pasaran tempatan. Model SUV kompak itu bakal membuka tempahan rasmi seawal Februari 2026, sekali gus menjadi antara pelancaran terbesar Mitsubishi pada tahun ini.

Walaupun masih belum dilancarkan, Xforce sudah mencipta momentum sejak diperkenalkan di luar negara. Rekaan agresif, teknologi moden dan fokus terhadap pemanduan harian membuatkan ia muncul sebagai pesaing baharu dalam kelas yang semakin sengit.

SUV Moden Untuk Pemandu Urban

Xforce dibangunkan dengan matlamat yang jelas: menawarkan SUV praktikal yang bergaya tetapi tetap mudah digunakan setiap hari. Mitsubishi menekankan aspek pengendalian, keselesaan, penggunaan bahan api yang efisien serta ruang kabin yang direka untuk kegunaan keluarga moden.

Pendek kata, ini bukan sekadar SUV comel untuk bandar , Mitsubishi mahu ia menjadi pilihan utama mereka yang mahukan SUV serba boleh.

Model ini juga sudah diiktiraf peringkat global apabila berjaya merangkul iF Design Award 2024. Penghargaan ini mengukuhkan lagi status Xforce sebagai model yang menampilkan bahasa reka bentuk Mitsubishi terkini.

Pendaftaran Minat Dibuka – Mahu Jadi Yang Pertama?

Sebelum tempahan rasmi bermula, Mitsubishi Motors Malaysia membuka ruang Register of Interest supaya pelanggan boleh menjadi antara yang terawal mengetahui perkembangan model ini.

Mereka yang mendaftar akan menerima:

• Maklumat produk dan spesifikasi sebelum orang lain
• Jemputan ke sesi pradengar, roadshow dan aktiviti pelancaran
• Notifikasi awal untuk tempahan dan promosi berkaitan

Ini peluang terbaik untuk peminat Mitsubishi yang tak mahu tertinggal pelancaran besar tahun ini.

Jelajah Xforce Seluruh Negara Bermula Januari

Untuk memberi rakyat Malaysia peluang melihat sendiri model ini sebelum dilancarkan, Mitsubishi akan membawa Xforce mengelilingi negara melalui roving truck tour bermula 16 Januari 2026.

Beberapa kawasan utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kuantan dan Kelantan menjadi lokasi persinggahan. Di sini, pengunjung boleh mendekati Xforce secara langsung, mendapatkan info ciri dan teknologi, serta mendaftar minat di lokasi.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here