Utama Berita Automotif Honda Malaysia kekal jenama pilihan utama 12 tahun berturut-turut

Honda Malaysia kekal jenama pilihan utama 12 tahun berturut-turut

113

Honda Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai jenama Nombor 1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional untuk tahun ke-12 berturut-turut.

Setakat ini, Honda Malaysia menjual sebanyak 72,301 unit kenderaan mewakili 8.8 peratus pegangan pasaran dalam negara. 

Prestasi memberangsangkan itu didorong rangkaian produk seimbang, permintaan kukuh terhadap teknologi hibrid serta kepercayaan berterusan pelanggan terhadap jenama Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan berterusan terhadap jenama itu.

Dalam masa yang sama, beliau sangat yakin dengan peranan Kerajaan Malaysia dalam menyokong inisiatif kelestarian dan elektrifikasi.

“Prestasi kukuh pada 2025 menguatkan lagi keyakinan kami terhadap hala tuju produk Honda dan komitmen untuk menyediakan solusi elektrifikasi yang praktikal kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis. 

Yazaki turut memaklumkan, sejak pengenalan teknologi hibrid Honda di Malaysia 21 tahun lalu (2004–2025), pengukuhan kehadiran model hibrid merentas segmen utama kekal sebagai keutamaan syarikat bagi menawarkan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan dan memuaskan.

Dalam persekitaran pasaran yang semakin kompetitif, Honda Malaysia terus mencatat permintaan konsisten bagi model sedan dan SUV utamanya.

HR-V merupakan model terlaris dengan menyumbang sebanyak 25 peratus, diikuti City (24 peratus) dan CR-V (15 peratus) daripada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

Varian hibrid e:HEV turut mencatat sumbangan signifikan yang mana HR-V dan CR-V masing-masing menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah jualan hibrid. 

Sempena ulang tahun ke-25 pada Oktober 2025, syarikat melancarkan kempen ‘Because of You’termasuk cabutan bertuah selama tiga bulan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.

Empat pemenang pertama diumumkan tahun lalu, manakala Honda Malaysia mengumumkan dua pemenang terakhir bagi Disember 2025, semalam yang membawa pulang City 1.5L RS dan HR-V 1.5L T V.

Salah seorang pemenang, Cheah Wei Kong dari Selangor, menyertai cabutan selepas membeli Honda e:N1 dan berkongsi bahawa pengalaman memandu kereta elektrik (EV) Honda yang mudah dan semula jadi, mengubah persepsinya terhadap EV, malah membawa tuah apabila memenangi City RS.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here