Utama Berita Automotif China sasar 28 juta fasiliti pengecasan menjelang 2027

China sasar 28 juta fasiliti pengecasan menjelang 2027

9

Sehingga akhir Disember 2025, China mempunyai 20.092 juta fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV), menjadikannya rangkaian pengecasan EV terbesar di dunia dengan peningkatan sebanyak 49.7 peratus berbanding 2024.

Menjelang akhir 2027, pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar itu menyasarkan 28 juta fasiliti pengecas sekali gus menyediakan lebih 300 juta kilowatt kapasiti pengecasan awam untuk lebih 80 juta EV, menurut Pentadbiran Tenaga Kebangsaan China.

Secara khusus, pelan tersebut merangkumi:

  • Kawasan Bandar: Penambahan 1.6 juta penyambung pengecasan DC (termasuk 100,000 pengecasan berkuasa tinggi).
  • Lebuh Raya: Pemasangan 40,000 penyambung pengecasan pantas ultra (baharu dan dinaik taraf) dengan output kuasa 60kW atau lebih tinggi di kawasan servis lebuhraya termasuk lokasi rehat dan rawat (R&R). 
  • Teknologi V2G: Menjelang akhir 2027, program rintis aplikasi Vehicle-to-Grid (V2G) berskala besar disasarkan berkembang kepada lebih 5,000 fasiliti pengecasan dwi arah. Teknologi V2G membolehkan kenderaan tenaga baharu (NEV) mengecas dan menyalurkan semula elektrik ke dalam grid.

Status Semasa (Data Disember 2025):

  • Fasiliti Awam: 4.717 juta unit (+31.9% setahun), dengan jumlah kuasa 220 juta kilowatt.
  • Fasiliti Peribadi: 15.375 juta unit (+56.2% setahun), dengan kapasiti kuasa terpasang 134 juta kilovolt-amp.

Kejatuhan Kereta Petrol

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kadar penembusan NEV dalam industri automotif China meningkat 10 kali ganda daripada 5.4 peratus pada 2020 kepada 54 peratus pada 2025.

Dalam tempoh yang sama, pengeluaran NEV melonjak daripada 1.37 juta unit kepada lebih 16 juta unit.

Sebaliknya, jualan kereta penumpang berkuasa petrol di pasaran China menjunam daripada 18.17 juta unit pada 2020 kepada hanya 10.7 juta unit pada 2025.

Apabila kadar penembusan NEV terus meningkat, permintaan terhadap fasiliti pengecasan bukan sahaja melonjak tinggi, malah jangkaan pengguna terhadap kemudahan akses dan kelajuan pengecasan juga semakin meningkat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here